Semalam bawa awfeeya ke speech therapy lepas almost sebulan skip her therapy session coz schedule mummy a bit packed. Masa baru-baru sampai tu awfeeya ok je, sebab daddy dah sogok dengan balloon 'Cars', so die asyik dengan balloon tu, til dia nampak Uncle Firdaus, her speech therapist. Mula la dia buat perangai gedik-gedik die, merengek-rengek dan tak nak masuk bilik.
So mummy pun teman awfeeya skali, since dah lama tak jumpa therapist, mummy rasa tak pelah mummy join skali this session sambil-sambil berborak-borak dengan Uncle Firdaus pasal perkembangan awfeeya. Selalunya, mummy hantar awfeeya kat Uncle Firdaus jek, lepas tu mummy tunggu luar coz kalau mummy pun join skali confirm die berkepit jek ngan mummy, last2 satu ape pun tak dapat. Memang kalau pass die kat Uncle Firdaus die akan meraung-raung macam kena dera tapi bila mummy keluar and dengar dari luar..aiiihhh...terus senyap..elok je dia main...haaiiisshhh..wayang btul awfeeya nih!!
Waktu therapy tadi, sambil-sambil Uncle Firdaus main-main ngan awfeeya, dia tanya jugak la kat mummy pasal awfeeya's speech, ada improvement tak? ada any new words tak? Sebab awfeeya tak cooperate sangat tadi. Frust betul mummy, kalau awfeeya tak cooperate macam mana Uncle Firdaus nak tau your capability, sayang.. Ahh..awfeeya, mummy la yang kena rajin mulut tanya awfeeya itu ini so that she'll answer, if Uncle Firdaus cakap, semua dijawabnya 'tak nak'..'tak naaakkk'..sambil menggesel-gesel kat mummy. Hmm..so I told him that personally, to me awfeeya's good in speech. Banyak words from her flash cards yang dia dah tau. Perkataan paling panjang yang pernah disebut, "Ammie, susu da abis.." then kalau kita tanya dia, "awfeeya, red means?" "top" (stop) sambil tunjuk tangan stop. "green means?" "gooo.." sambil goyang-goyang tangan tunjuk go. =) Bila mummy cerita awfeeya itu ini, begitu begini..sambil-sambil awfeeya pun layan tak layan Uncle Firdaus main, he asked me, "Ada tak bawak awfeeya pegi mana-mana persatuan Down Syndrome?" "Tak" "Sekolah? Nursery ke playschool ke?" "Err..tak. Err..Actually ada bawak sekali pegi Qdees kat area rumah tu tapi sehari je."
Hari Isnin lepas, ada ommie bawak awfeeya pegi Qdees, skolah Kak Lyssa dulu. Since principal dia kenal ommie, ommie tanya kalau-kalau boleh masukkan awfeeya kat situ. Principal dia baik. Maybe because dia da kenal ommie, dia kata boleh la bagi awfeeya trial. Nanti dia akan assess awfeeya, since kat skolah tu ada 3-4 orang toddler umur baya awfeeya, boleh la masukkan sekelas. Pagi masa sampai sekolah tu, ommie kata awfeeya excited sangat tengok kakak and abang ramah dia menegur "kakak...abang.." (bunyi pelat siket la). Lepas tu, bila ommie pass awfeeya kat teacher, ommie keluar dari classroom, dia punya meraung sekuat-kuatnya. Then ommie kata, tak lama lepas tu ommie dengar da senyap, ommie ingat da oklaa main dengan kawan-kawan rupanya ommie terdengar teacher dia cakap pada assistant, "tolong ambilkan tilam and bantal..." rupanya awfeeya menangis sampai tertido!! Awfeeya..awfeeya.. Esok tu ommie kesian terus tak bawak dah gi school.
Uncle Firdaus suggest sangat-sangat mummy hantar awfeeya to playschool. Dia kata awfeeya cerdik. Cuma ada behaviour problem, which is tak nak bergaul dengan orang yang tak kenal, especially adult la, sebab kalau dengan budak sebaya, dia memang ramah habis. So kalau pergi school, mix with others hopefully dapat buang that behaviour, supaya awfeeya senang belajar, tak de laa takut-takut dengan strangers. Senang hati mummy bila dengar Uncle Firdaus kata perkembangan speech awfeeya tak jauh beza dengan normal kids. Awfeeya nak masuk 2thn 2bln and her speech macam kanak-kanak umur 1thn 7bln. Alhamdulillah.. =) Uncle Firdaus kata dia nampak awfeeya boleh pergi jauh, sebab bagi kanak-kanak Down Syndrome, awfeeya agak cepat, cuma awfeeya still belum boleh berjalan. That's why dia suggest sangat mummy hantar awfeeya pergi sekolah.. At least bila awfeeya tengok kawan-kawan berjalan terkedek-kedek, semangat dia untuk berjalan pun datang so boleh encourage dia untuk cepat jalan..InsyaAllah, mummy akan usahakan, yea sayang.. Siapa yang tak nak terbaik untuk anaknya? Apatah lagi yang istimewa.. =)
Yang lebih buat mummy terharu, masa Uncle Firdaus cakap, "Uncle doakan awfeeya cepat-cepat masuk sekolah and belajar pandai-pandai.." awfeeya dengar je words 'doa' dia cepat-cepat tadah tangan and buat kami bertiga (awfeeya, mummy and Uncle Firdaus) tadah tangan sama-sama and berdoa balik. Lepas abis doa, awfeeya cakap "Amiinn.." =) Amin ya rabbal a'lamin.. Semoga doa kita dimakbulkan Allah, sayang..
Semoga awfeeya jadi anak yang cerdik dan pandai dan punya masa depan yang cerah sama seperti kanak-kanak normal lain..
Selagi mummy ada, mummy akan usahakan yang terbaik untuk masa depan awfeeya...
MUMMY SAYANG AWFEEYA..
Awwww.. Pandainyaa awfeeya..! Aminn, untie pun doakan awfeeya berjaya yer :)
ReplyDeleteTapi dia mmg banyak vocab betul la dear. Dah siap boleh buat sentence tu. Kagum!
thank you auntie.. =) awfeeya memang makin petah sakarang..senang hati mummy tengok dia potpet potpet..alhamdulillah.. =)
Deletesama-sama kita doa agar awfeeya dan Z dapat pegi skolah macam kanak-kanak biasa n berjaya..amiinnn.. =)
dia dh pandai la...qaisara pun lum leh ckp byk mcm g2...depa kan sebaya..awfeeya memang pandai...
ReplyDeletealhamdulillah kak aida, ada la jugak pkataan yg dah bleh sebut even pelat2..hehee..=P
Delete