Hari ni, saya akan mengajar cara-cara mendaki tangga kejayaan... =)
Mula-mula, usha line dulu..mummy tido?? Ok, line clear!! =D
Lepas tu, pusingkan badan ke tepi..
Kalau rasa-rasa tak confident, pegang besi tepi ni..
Pusingkan badan sepenuhnya menghadap ke atas..
Sebab kita nak panjat kan?? Mestila ke atas, bukan ke bawah yea..
Bengkokkan kedua-dua belah kaki..
Alahh..macam mummy solat masa duduk antara dua sujud tu.. =D
Tangan jangan lupa tongkatkan ke depan dan dalam keadaan bersedia..
Aksi selepas ini memerlukan confident level yang tinngi..
(siapa yang tak berani jangan cuba yea..)
Deangan lafaz Bismillahirrahmanirrahim..
Angkatkan punggung dengan relax dan bergaya..
Tangan masih sokong/tampung beban badan..Jangan lepas tangan pulak!!
Slowly, bengkokkan kaki kanan naik ke satu anak tangga di atas..
Diikuti dengan angkat kaki kiri ke anak tangga yang sama..
Pusingkan badan dan duduk..
Haaa...Lega kan?? Yeaayy!! Berjaya mendaki satu anak tangga!!
(Clap..clap..clap..) =)
Kena usaha keras lagi, sebab lepas ni misi kita menakluk tangga Batu Caves pulak!!!
Muka bangga dan puas.. Misi tercapai.. =D
Apa?? Tak thrill naik tangga merangkak?? Nak style berdiri pulak??
Ok..Ok..FINE!!!
Safety first, kita usha dulu selamat tak handrail ni..
Mana tau skru dia longgar ke, nanti kita nak berpaut kat handrail ni jugak..
Cermin?? Checked..Tiang besi?? Checked..
Ok, handrail selamat digunakan.. =)
Haa.. Daripada position duduk tadi, pautkan tangan pada handrail tu..
Lepas tu dorong badan untuk berdiri..
Kalau rasa diri tu tinggi, bolehla paut yang atas skali ni..
Lepas tu, sambil paut pada handrail, angkat la kaki panjat tangga tu..
Itu pun susah ke?? Eiissyyy..
Haaa...nampak tu, senyuman bangga.. =D
EHH...EHHH...ALAMAAAKKKK!!!
CAMNER NAK TURUN NII???!!!
Clap clap!! Dah pandai panjat tangga dah diaa!
ReplyDelete