Thursday, May 31, 2012

Al-Fatihah Buat Bidadari Syurga, Baby Akmal..

Sejak semalam hati sebak mendengar perkhabaran duka..
Baby Akmal telah pergi menghadap Ilahi..

Akmal..
Terlalu banyak insan yang menyayangimu..
Mengambil berat tentang dirimu..
Mengikuti perkembanganmu..
Mendoakan kesihatan dan kesejahteraanmu..
Namun Allah lebih menyayangimu..

Moga mommy Akmal dan keluarga tabah dan redha menerima dugaan ini..

Al-Fatihah buatmu Akmal, bidadari syurga..

Monday, May 28, 2012

Awfeeya, everything's gonna be okay!!

Last Friday bawa awfeeya ke physio therapy (PT) dan ada assessment with doctor hari tu. After like 14th-15th session, baru dapat jumpa doctor coz da 2-3 kali jugak our appointment cancelled last minute. So, mummy a bit nervous but excited at the same time, hoping to hear all the good-good news bout my daughter from the doctor lah kann..

So kami rushed siket on that day sebab nak sampai awal, tak nak lah doctor yang tunggu kami kan..therapists tunggu takpe..hehee..  Appointment at 4pm, sampai around 3.40pm and awfeeya sempat poo-poo dulu before jumpa doctor..nervous sangat agaknya.. =P Then, lepas settle tu, doctor terus panggil masuk. Mula-mula awfeeya ok, macam biaselah dia merengek-rengek siket. Mummy pun sembang-sembang dengan doctor tentang progress awfeeya. Doctor kata at the moment speech nampak improving, cuma perlu focus more on physio and occupational. Sebab awfeeya still belum boleh jalan (either sebab balancing or otot still belum kuat) dan bila dia jalan tapak kaki dia tak pijak rata, macam termasuk ke dalam siket. Doctor kata, awfeeya kena banyakkan lagi exercise untuk kuatkan core muscle dan kena banyakkan buat joint compression dan brushing. Mummy ingat her words yang buat mummy runsing, "she's 2 now and she's growing..hope that her core muscle will grow beautifully so that posture badan dia cantik, tak melengkung ke depan atau ke belakang and tak flabby". Doctor pun dah buatkan appointment dengan specialist untuk buat shoe insole untuk betulkan tapak kaki awfeeya. Bila doctor nak assess, awfeeya langsung tak cooperate, berdukung dengan mummy jer sepanjang tu so agak susah la doctor nak tengok. Semua yang doctor suruh buat, semuanya "tak nak..tak naakk.." Hmm.. sabar je lah mummy..

Tengah mummy bersembang dengan doctor, Auntie Sherlina, awfeeya's physio therapist datang kata bilik physio dah ready. Awfeeya nampak je muka Auntie Sherlina, terus dia meraung-raung. Makin kuat dia peluk mummy, tak nak pandang langsung Auntie Sherlina. Auntie Sherlina cuba pujuk-pujuk awfeeya tapi cubaan gagal, makin kuat dia menangis, satu Rehabilitation Centre tu boleh dengar kot! Mummy pujuk-pujuk pun tak jalan. Puas dah mummy dan Auntie Sherlina cuba pujuk. Macam-macam dah Auntie Sherlina bagi, toys, bear, books, music instruments semua jawapannya sama...Waaaa...Waaaaaaaaa...Tak naaakkk...Taaakkk naaakkk... Setengah jam berlalu hanya dengan cubaan memujuk awfeeya. Mummy dah separa sabar..

Tak taulah kenapa awfeeya macam tu. Physio session before this, adalah jugak dia menangis, tapi takdelah sampai macam ni.. Nangis kejap then ok, nangis balik, bila pujuk ok balik.. Ini tak, tak kasik can langsung, menangis meraung jek tak henti-henti. Maybe, sebab dah lama sangat tak jumpa Auntie Sherlina kot.. Ingat dah tak payah jumpa, rupa-rupanya kena jumpa balik.. =P Memang antara speech, occupational dan physio therapy, physio laa yang paling susah skali nak tawan hati awfeeya. Maybe dia tak suka bila PT session, Auntie Sherlina pegang-pegang badan dia dan betulkan body posture dia kot. Mummy pun dah buntu, tak tau apa nak buat bila awfeeya macam tu. Sampai satu tahap mummy rasa suara awfeeya menangis tu macam irama lagu je kat telinga mummy. Mummy biarkan je dia meraung-raung. Bila mummy tengok awfeeya nampak makin lama makin kecik. That's it! Mummy can't take it anymore. Maybe Auntie Sherlina perasan badan mummy yang dah keras dan berhenti memujuk awfeeya, so Auntie Sherlina mintak mummy pegi settlekan bill dulu and tinggalkan awfeeya dengan dia. Lepas dah settle bill dan borak-borak dengan Kak Mona kat reception depan tu dan feel a bit better, mummy pun pegi kat bilik physio balik. Awfeeya dah kurang meraung, yang tinggal sedu sedan dan saki-baki tangisan dia je. Rupa-rupanya Auntie Diana (Occupational therapist) pun ada tengah memujuk awfeeya. Mummy duduk blakang pintu, terdengar awfeeya teresak-esak, 'Mummy...mummy..' sayu hati mummy dengar awfeeya menangis panggil mummy..Astaghfirullahal'azim.. cepat-cepat mummy istighfar buangkan rasa marah dalam diri. Kesian awfeeya. Tak taulah apa yang awfeeya rasa. Mesti dia sedih dengan mummy. Rasa menyesal berperasaan macam tadi pada awfeeya, apelah yang dia tau. I'm so sorry sayang.. =( Mummy kena BANYAK SABAR. Mummy kena KUAT hadapi semua ni. =(    


Awfeeya, mummy dah janji untuk jaga awfeeya sebaik mungkin. Mummy taknak sekalipun awfeeya terasa diri awfeeya kekurangan. Mummy harap takkan pernah sekalipun mummy lost hope pada awfeeya. Satu impian mummy, untuk tengok awfeeya berjaya dalam hidup dan bahagia.

"Apapun yang terjadi, aku kan selalu ada untukmu.. Janganlah kau bersedih, coz everything's gonna be OKAY!!" =)

Thursday, May 24, 2012

Rahsia Tangga Kejayaan...

Hari ni, saya akan mengajar cara-cara mendaki tangga kejayaan... =)


Mula-mula, usha line dulu..mummy tido?? Ok, line clear!! =D


Lepas tu, pusingkan badan ke tepi..


Kalau rasa-rasa tak confident, pegang besi tepi ni..


Pusingkan badan sepenuhnya menghadap ke atas..
Sebab kita nak panjat kan?? Mestila ke atas, bukan ke bawah yea..


Bengkokkan kedua-dua belah kaki..
Alahh..macam mummy solat masa duduk antara dua sujud tu.. =D
Tangan jangan lupa tongkatkan ke depan dan dalam keadaan bersedia..


Aksi selepas ini memerlukan confident level yang tinngi..
(siapa yang tak berani jangan cuba yea..)


Deangan lafaz Bismillahirrahmanirrahim..
Angkatkan punggung dengan relax dan bergaya..
Tangan masih sokong/tampung beban badan..Jangan lepas tangan pulak!! 


Slowly, bengkokkan kaki kanan naik ke satu anak tangga di atas.. 
Diikuti dengan angkat kaki kiri ke anak tangga yang sama.. 


Pusingkan badan dan duduk..
Haaa...Lega kan?? Yeaayy!! Berjaya mendaki satu anak tangga!!
(Clap..clap..clap..) =)
Kena usaha keras lagi, sebab lepas ni misi kita menakluk tangga Batu Caves pulak!!!

Muka bangga dan puas.. Misi tercapai.. =D


Apa?? Tak thrill naik tangga merangkak?? Nak style berdiri pulak??

Ok..Ok..FINE!!!


Safety first, kita usha dulu selamat tak handrail ni..
Mana tau skru dia longgar ke, nanti kita nak berpaut kat handrail ni jugak..


Cermin?? Checked..Tiang besi?? Checked..
Ok, handrail selamat digunakan.. =)


Haa.. Daripada position duduk tadi, pautkan tangan pada handrail tu..
Lepas tu dorong badan untuk berdiri.. 


Kalau rasa diri tu tinggi, bolehla paut yang atas skali ni..


Lepas tu, sambil paut pada handrail, angkat la kaki panjat tangga tu..
Itu pun susah ke?? Eiissyyy..


Haaa...nampak tu, senyuman bangga.. =D


EHH...EHHH...ALAMAAAKKKK!!!
CAMNER NAK TURUN NII???!!!

Tuesday, May 22, 2012

Awfeeya's Photobook..

Yesterday, just went back from the office, I was so excited to see... There's a parcel with my name written on it.. Ouh, I know exactly what's inside..... =D

TAADAAAAAA......


Lil angel's Photobook.. =D

Suka sangat!! Comel jee photobook ni.. I bought it from Groupon. Murahla sket compared to harga asal. Tapi kalau dah nak murah, kenala bekerja keras sket..hehee.. Everything kena arrange sendiri, from editing pics, design and layout arrangement.. Tapi takpe, puas hati sebab semuanya menepati kehendak sendiri.. Saya suka! Saya sukaa!! (gaya Mei Mei) =D Atleast ada laa hardcopy for my lil angel's sweet moments.. Kalau tak, semuanya terperuk dalam PC/Laptop je.. Bila tunjuk kat awfeeya, sukanyaaa diaaa!!! "Bibii...Bibiii ammiee..." (Baby..Baby, Mummy..) Dicium-ciumnyee 'baby' tu. (awfeeya geram tengok baby..dia suka sangaatt ngan baby!!) Dia tak tau yang 'baby' tu die laa masa kecik. Hehee..


1st page

1st page start with awfeeya masa 28hari.. Sebab hari-hari sebelum tu, mummy pun tak sanggup nak tengok balik gambarnya, mau mengalir mata.. 28 hari ni pun still kat hospital. Gambar ni masa awfeeya kat nursery lepas 27 hari kat NICU and first day mummy dapat peluk awfeeya and breastfeed her. Tapi genap sebulan (23/04/2009), awfeeya pun dah boleh balik rumah.. Alhamdulillah.. =) Tapikan, rasanya mummy nak jugak abadikan moment tu dalam photobook, so she will know that from the beginning, SHE WAS BORN AS A FIGHTER..
sebab tu mummy namakan dia Awfeeya (Awfiyah) = yang berani / yang kuat. 


Last page

Alhamdulillah, dah setahun pun awfeeya... Hahahaa..dah 2 tahun pun.. =D Sebenarnya, ni suppose to be my project for last year, before she was 2.. Mummy nak hadiahkan pada awfeeya tapi tak sempat sebab masa tu cam busy siket. (busy ajelah mummy oii... =P )

Lepas ni InsyaAllah, kalau ada lagi promotion Photobook ni nak beli lagi lah, untuk Awfeeya's 2nd Year pulak.. ;)

Monday, May 21, 2012

Doa Buat Akmal..

Ya Allah, hari ni hati tersentuh lagi..

Sedih dan sebak sangat bila melihat status Mommy Akmal hari ni..


Aku teringat peristiwa 2 tahun yang lalu..
Awfeeya juga pernah bertarung nyawa seperti ini..
Aku dapat bayangkan bagaimana perasaan Mommy Akmal saat ini..
Moga Mommy Akmal tabah dan sabar dengan ujianNya..
Kita insan-insan terpilih. Setiap ketentuanNya tentu ada hikmah disebaliknya..
Kuatkan semangatmu, Mommy Akmal. Akmal perlukan semangatmu untuk terus berjuang..
Aku yakin Akmal pasti sembuh, InsyaAllah...



Doaku sentiasa mengiringimu, si comel Akmal..

Mohon agar sama-sama kita mendoakan kesihatan dan kesejahteraan si kecil ini..

**Menurut Mommy Akmal, Akmal dimasukkan ke NICU kerana jangkitan kuman di paru-paru.

Saturday, May 19, 2012

Awfeeya, Speech Therapy, Qdees & Doa.. =)

Semalam bawa awfeeya ke speech therapy lepas almost sebulan skip her therapy session coz schedule mummy a bit packed. Masa baru-baru sampai tu awfeeya ok je, sebab daddy dah sogok dengan balloon 'Cars', so die asyik dengan balloon tu, til dia nampak Uncle Firdaus, her speech therapist. Mula la dia buat perangai gedik-gedik die, merengek-rengek dan tak nak masuk bilik.

So mummy pun teman awfeeya skali, since dah lama tak jumpa therapist, mummy rasa tak pelah mummy join skali this session sambil-sambil berborak-borak dengan Uncle Firdaus pasal perkembangan awfeeya. Selalunya, mummy hantar awfeeya kat Uncle Firdaus jek, lepas tu mummy tunggu luar coz kalau mummy pun join skali confirm die berkepit jek ngan mummy, last2 satu ape pun tak dapat. Memang kalau pass die kat Uncle Firdaus die akan meraung-raung macam kena dera tapi bila mummy keluar and dengar dari luar..aiiihhh...terus senyap..elok je dia main...haaiiisshhh..wayang btul awfeeya nih!!

Waktu therapy tadi, sambil-sambil Uncle Firdaus main-main ngan awfeeya, dia tanya jugak la kat mummy pasal awfeeya's speech, ada improvement tak? ada any new words tak? Sebab awfeeya tak cooperate sangat tadi. Frust betul mummy, kalau awfeeya tak cooperate macam mana Uncle Firdaus nak tau your capability, sayang.. Ahh..awfeeya, mummy la yang kena rajin mulut tanya awfeeya itu ini so that she'll answer, if Uncle Firdaus cakap, semua dijawabnya 'tak nak'..'tak naaakkk'..sambil menggesel-gesel kat mummy. Hmm..so I told him that personally, to me awfeeya's good in speech. Banyak words from her flash cards yang dia dah tau. Perkataan paling panjang yang pernah disebut, "Ammie, susu da abis.." then kalau kita tanya dia, "awfeeya, red means?" "top" (stop) sambil tunjuk tangan stop. "green means?" "gooo.." sambil goyang-goyang tangan tunjuk go. =) Bila mummy cerita awfeeya itu ini, begitu begini..sambil-sambil awfeeya pun layan tak layan Uncle Firdaus main, he asked me, "Ada tak bawak awfeeya pegi mana-mana persatuan Down Syndrome?" "Tak" "Sekolah? Nursery ke playschool ke?" "Err..tak. Err..Actually ada bawak sekali pegi Qdees kat area rumah tu tapi sehari je."

Hari Isnin lepas, ada ommie bawak awfeeya pegi Qdees, skolah Kak Lyssa dulu. Since principal dia kenal ommie, ommie tanya kalau-kalau boleh masukkan awfeeya kat situ. Principal dia baik. Maybe because dia da kenal ommie, dia kata boleh la bagi awfeeya trial. Nanti dia akan assess awfeeya, since kat skolah tu ada 3-4 orang toddler umur baya awfeeya, boleh la masukkan sekelas. Pagi masa sampai sekolah tu, ommie kata awfeeya excited sangat tengok kakak and abang ramah dia menegur "kakak...abang.." (bunyi pelat siket la). Lepas tu, bila ommie pass awfeeya kat teacher, ommie keluar dari classroom, dia punya meraung sekuat-kuatnya. Then ommie kata, tak lama lepas tu ommie dengar da senyap, ommie ingat da oklaa main dengan kawan-kawan rupanya ommie terdengar teacher dia cakap pada assistant, "tolong ambilkan tilam and bantal..." rupanya awfeeya menangis sampai tertido!! Awfeeya..awfeeya.. Esok tu ommie kesian terus tak bawak dah gi school.

Uncle Firdaus suggest sangat-sangat mummy hantar awfeeya to playschool. Dia kata awfeeya cerdik. Cuma ada behaviour problem, which is tak nak bergaul dengan orang yang tak kenal, especially adult la, sebab kalau dengan budak sebaya, dia memang ramah habis. So kalau pergi school, mix with others hopefully dapat buang that behaviour, supaya awfeeya senang belajar, tak de laa takut-takut dengan strangers. Senang hati mummy bila dengar Uncle Firdaus kata perkembangan speech awfeeya tak jauh beza dengan normal kids. Awfeeya nak masuk 2thn 2bln and her speech macam kanak-kanak umur 1thn 7bln. Alhamdulillah.. =) Uncle Firdaus kata dia nampak awfeeya boleh pergi jauh, sebab bagi kanak-kanak Down Syndrome, awfeeya agak cepat, cuma awfeeya still belum boleh berjalan. That's why dia suggest sangat mummy hantar awfeeya pergi sekolah.. At least bila awfeeya tengok kawan-kawan berjalan terkedek-kedek, semangat dia untuk berjalan pun datang so boleh encourage dia untuk cepat jalan..InsyaAllah, mummy akan usahakan, yea sayang.. Siapa yang tak nak terbaik untuk anaknya? Apatah lagi yang istimewa.. =)

Yang lebih buat mummy terharu, masa Uncle Firdaus cakap, "Uncle doakan awfeeya cepat-cepat masuk sekolah and belajar pandai-pandai.." awfeeya dengar je words 'doa' dia cepat-cepat tadah tangan and buat kami bertiga (awfeeya, mummy and Uncle Firdaus) tadah tangan sama-sama and berdoa balik. Lepas abis doa, awfeeya cakap "Amiinn.." =) Amin ya rabbal a'lamin.. Semoga doa kita dimakbulkan Allah, sayang..

Semoga awfeeya jadi anak yang cerdik dan pandai dan punya masa depan yang cerah sama seperti kanak-kanak normal lain..
Selagi mummy ada, mummy akan usahakan yang terbaik untuk masa depan awfeeya...


MUMMY SAYANG AWFEEYA..

Thursday, May 17, 2012

Semalam Yang Suram..

Semalam, awal-awal pagi awfeeya bangun, nak ikut ommie pergi hantar bibik kat airport. Bibik dah nak balik kampung, kontrak dia kat sini dah tamat tempoh. Aku tengok, bibik dukung Awfeeya sampai masuk dalam kereta.

Hati rasa sebak.

Kenapa? Aku je ke yang terasa sedikit kehilangan? Aku pasti awfeeya pun sama.. Ibu kata, waktu bibik nak masuk pintu tu, awfeeya menangis-nangis nak ikut bibik, sambil panggil-panggil "Bibiikk...Bibiikkk.." Awfeeya pandai sebut 'Bibik', tak pelat langsung!! In fact, dia pandai sebut bibik dulu dari mummy.. tak kisahlah..sebab memang hari-hari dia lebih banyak dengan bibik dari mummy.. =( Terutama skali sejak ibu dan baba gi Portsmouth, sebulan awfeeya tinggal dengan bibik. Mungkin waktu tu la yang buat dia makin rapat dengan bibik.

Pagi-pagi, bibik slalu bawak awfeeya jalan-jalan naik basikal kesayangan dia.
Lepas tu, bibik layan awfeeya mandi dalam 'pool' awfeeya sampai basah-basah.
Layan awfeeya nyanyi lagu 'cangkul..cangkul..' (lagu kanak-kanak Indonesia dalam Youtube =))
Kalau mummy marah awfeeya sebab malas jalan, mesti bibik datang angkat dan dukung awfeeya.

Malam semalam, lepas bibik balik, ada jugak 2-3 kali awfeeya panggil "bibiikk..bibiikk.." Ibu yang jawab, "Bibik kan tak ada..Bibik dah balik kampung." Then sebelum nak naik tido, awfeeya dengar bunyi washing machine, terus dia merangkak gi dapur cari bibik.."bibiik..bibiikk.." dia panggil lagi. Sebak betul, budak sekecil tu tau ke erti kehilangan??

Awfeeya, bibik dah tak ada..InsyaAllah, kalau ada rezeki bibik datang semula,ok??
______________

Semalam, waktu kurang mood nak buat kerja.. =P ada terbaca satu blog ni... Doa Buat Alanna. Tersentuh naluri keibuan aku bila baca blog ni. Aku tak kenal siapa penulis blog ni, tapi aku dapat bayangkan betapa dia terlalu merindui si kecilnya yang pergi dulu menghadap Ilahi. Memang bergenang air mata aku bila baca setiap entri dia. Penulisan yang sangat ikhlas lahir dari hati seorang ibu, aku rasa. Terfikir, macam mana kalaulah aku berada di tempat dia? Na'uzubillah..Hati teringat awfeeya kat rumah. Rindunya awfeeya rasa cepat-cepat nak balik.

Balik je dari ofis smalam, terus aku peluk cium si kecik tu. Rasa rindu sangat-sangat kat dia. Macam da bertahun-tahun tak jumpa. Mesti awfeeya pelik, apsal dengan mummy ni?? Petang tu, aku bawak awfeeya jalan-jalan naik basikal since bibik dah tak ada. Lepas tu aku mandikan dia pulak sambil layan dia main air dalam 'pool' dia. Habis basah-basah lencun, tapi aku rasa bahagia tiba-tiba..Selalunya, bila aku balik, awfeeya da siap mandi n wangi-wangi, tinggal nak kena cium je. Malam tu, awfeeya tido dengan aku. Selalunya, awfeeya tido dalam cot sendiri tapi smalam aku biarkan dia tido atas katil aku. Lepas rasa rindu.

Ya Allah, lindungilah dia..peliharalah dia untukku..limpahkan rahmat dan kasih sayangMu buatnya..

Dia insan teristimewa dihatiku.. 

Tuesday, May 15, 2012

Over The Weekend..


Last weekend were tiring but enjoyable. It was my cousin's big day, Alit and her lovely bride, Adibah.



UNCLE ALIT & AUNTIE ADIBAH...


CONGRATULATIONS!!!
May your love grow ever stronger as you share your lives together =)




Awfeeya excited betul hari tu, sebab:
1 - ramai rakan-rakan seangkatan.
2 - dewan besar dan lapang (Die geram nak berlari-lari merangkak dengan kawan-kawan lain).

Tak sempat orang habis baca doa, awfeeya da tak sabar-sabar nak turun dari stroller dan bila dukung, meliuk lentuk badan nak turun. At first, memang tak nak bagi dia merangkak kat lantai tu but when she started to scream and attract others, terpaksa la akur dengan kehendak dia sebab tak nak mengganggu kelancaran majlis. Luckily meja kitorang hujung skali so tak de la mengganggu sangat. Awfeeya.. awfeeya.. makin besar makin lasak! Hmm..lepas tengok awfeeya beraksi, kawan-kawan lain pun nak join sekaki laa.. Awfeeya jadi lagi excited, especially bile tengok kawan-kawan lari sana-sini, dia geram nak join jugak!! Dia pun merangkak laju tak nak ketinggalan sama. Tersentuh hati bila tengok gelagat awfeeya..bila laa agaknya awfeeya dapat lari-lari sama dengan kawan-kawan lain.. Dah 2 tahun mummy menanti, awfeeya..  =(

Petang tu, balik dari wedding waktu tengah santai-santai kepenatan..

Sambil tengok tv, sambil tengok awfeeya tengah main peek a boo dengan hannah dekat sofa. Hannah terkedek-kedek mengagah awfeeya, awfeeya kelam-kabut lari dari hannah (awfeeya cruising kat sofa). Pandai jugak si kecik berdua ni main, yang sorang mengagah, yang sorang terkekek-kekek ketawa. Kalau awfeeya da pandai berjalan, da tentu satu rumah diorang conquer main kejar-kejar. =)

But then, mata aku sempat capture sesuatu. Masa awfeeya terkekek-kekek ketawa, dia lepas tangan dia dari sofa and stand still for like 5 seconds before dia jatuh and said "Atuuhhh...atuuhh.." sambil terkekek-kekek lagi.. AND it happen TWICE!! Was it just a COINCIDENCE or petanda awal awfeeya nak berjalan??!!! =)


Photos from the wedding: 

Sorry, I'm stealing the limelight...


Saya yang geram nak explore the floor..


Geng Bas Skolah Awfeeya
(Ishka, Lyssa and Hannah si Tembam)


Tak ketinggalan.. Dina..


Awfeeya and Kak Ishka


Anak dara mummy


Buah hati mummy and daddy:




** Hmmm..tak ada satu pun gambar pengantin..the kids are stealing the limelight..
Sorry bride and groom.. ;)



MUMMY...MUMMY...WAITTT!!!

HAPPY MOTHER'S DAY MUMMY!!!
LOVE YOU SO MUCH!!!



Friday, May 11, 2012

Awfeeya & Her Bestfriend..

Awfeeya dan iPad tak boleh dipisahkan lagi.


Me and my bestie

 
Bangun pagi...
"Ammie...Awuu..Awuu.."
(Mummy, 'mainan baru'..'mainan baru'..- cerita upin-ipin tajuk mainan baru)
So mummy pasangkan cerita upin ipin - mainan baru kat youtube sebab length die panjang so she'll watch and behave and dapatla mummy mandi n bersiap-siap nak pegi keje since now daddy dah jadik weekend daddy jek..

My Fav.. Upin Ipin


Balik keje..
"Ammie..Aney...Aney..Come..Come.."
(Mummy, Barney..Barney..Come..Come..)
Sambil tangan menggapai-gapai panggil mummy suruh datang kat die tengok skali Barney dalam iPad tu..Sometimes Barney, sometimes Upin-Ipin or Boboi Boy, it depends on her..

Baru kenal.. Boboi Boy


Malam, waktu rehat..
"Ammie..Ippo..Po.."
(Mummy, Hippo..)
Hippo yang nyanyi dgn anjing lagu Lion Sleeps Tonight tu..suke betul awfeeya dgn hippo tuh..siap nyanyi n goyang2 badan lagi... "Uwiiieeeeeeeeee....mmmmm...uwaaayyyyy.." hahaaaa..so cute.. I got one video of her singing that song..InsyaAllah, I'll try to upload it here later..

or
"Baby no..no.."
Baby Charlotte yang duk dalam bath tub and everything that his parents ask, the answer is no..no no no.. hahaa...cute video =) and awfeeya pun da pandai ikut baby tu, when the baby said "no no"..she'll said "no no" too..cheeky lil one.. =)

or
"Mamaiiii..."
(Tepuk amai-amai..in this case she means the song If You Happy Clap Your Hands..)
There's a group of kids singing this song and awfeeya know exactly when to clap, stomp her feet, nod her head, turn around (in her case goyang badan kiri kanan), and said "weee aree!!"

If mummy said "Awfeeya, let's watch A A Apple.." (phonics song)
Her response to the video is like only few seconds then "tak naakk...tak naakk.." (yes, she can pronounce tak nak correctly and tak pelat) lepas tu press button kat tengah tu and ask mummy to bukak Youtube balik..lepas tu die pilihla sendiri video mana yang die nak tengok (randomly picked)..bile video tu tak best die akan "tak nakk..tak nakk" and tekan button tu balik..and ulang-ulang sampai mummy penat nak layan..huhuu..

But watching that phonic song, Awfeeya da pandai sebut:
A A Apple (bunyi 'apple' mat saleh hokeeyy..tu yang tak tahan tuh..hahaaa..)
B B Boa (Ball without L),
C C Cat (correctly),
D D Thog (Dog pelat D),
E (still belum pandai sebut bunyi E and Elephant)
F F Isshhh (Fish without F)
G (still belum pandai sebut bunyi G and Gorilla)
Ah Ah Att (Bunyi H H and Hat)
I I I-ywoo (Igloo)
J - Z still belum pandai sebut bunyi and the objects unless for N N No (Siap no no no dengan jari goyang-goyang)

AND personally I'm proud of her, at least she achieve something by watching Youtube videos on the iPad.. =)

Memanglah ada pro and con..sometimes nak marah pun ada sebab dia 'ralit' sangat ngan iPad sampai panggil pun buat 'deekkk' je..daddy pun merajuk dengan dia sebab asal balik, awfeeya lagi suka tengok iPad daripada main ngan daddy..lepas tu asal nampak iPad je nak..tak kisahla sape punya pun..dengan mummy pun berebut-rebut..kadang-kadang berebut-rebut dengan cousins dia sampai bergaduh-gaduh..(yea, awfeeya dah pandai berebut barang.. =( ) nak suap makan pun kena sogok iPad depan mata, sambil tengok Upin Ipin sambil makan, baru laju je bukak mulut dia tu..

BUT tengok iPad la mulut dia laju bercakap and sangat cepat and pandai imitate apa yang orang buat..(Especially Upin Ipin sebab memang favourite dia..sampai ada certain episode dia dah hafal script dan dah tau nama character selain Upin & Ipin (dedua dia sebut Apin), macam 'Atok, 'Opah', & 'Mei Mei') that's what I want..because nak harapkan environment, awfeeya hanya ada ommie and bibik  je waktu siang..bibik kadang-kadang je dapat layan awfeeya, ommie je la yang slalu layan awfeeya..tapi kadang-kadang ommie pun 'ralit' main game bubble dalam iPad tu so die pun sogok iPad kat awfeeya jugak..haaiihh.. =P


 See.. Hmm.. Like ommie like awfeeya.. =)