Monday, May 21, 2012

Doa Buat Akmal..

Ya Allah, hari ni hati tersentuh lagi..

Sedih dan sebak sangat bila melihat status Mommy Akmal hari ni..


Aku teringat peristiwa 2 tahun yang lalu..
Awfeeya juga pernah bertarung nyawa seperti ini..
Aku dapat bayangkan bagaimana perasaan Mommy Akmal saat ini..
Moga Mommy Akmal tabah dan sabar dengan ujianNya..
Kita insan-insan terpilih. Setiap ketentuanNya tentu ada hikmah disebaliknya..
Kuatkan semangatmu, Mommy Akmal. Akmal perlukan semangatmu untuk terus berjuang..
Aku yakin Akmal pasti sembuh, InsyaAllah...



Doaku sentiasa mengiringimu, si comel Akmal..

Mohon agar sama-sama kita mendoakan kesihatan dan kesejahteraan si kecil ini..

**Menurut Mommy Akmal, Akmal dimasukkan ke NICU kerana jangkitan kuman di paru-paru.

No comments:

Post a Comment