Wednesday, February 27, 2013

Q-dees..

1 2 3 4..
5 6 7 8..
Siapa rajin ke sekolah..
Cari ilmu sampai dapat..
 
Sungguh senang.. Amat senang..
Bangun pagi-pagi sungguh senang..
 
1 2 3 4 5 6 7 8..
Yuk kita nyanyi..heyy..heyy..
 
 
 
Ni lagu pemangkin semangat awfeeya untuk bangun pagi pergi school.. =)
Awfeeya rajin bangun pagi skarang, pukul 6.30pg dah terjaga. Mummy bagi awfeeya tengok iPad dulu, selalunya pasangkan lagu tu la..bila dia dengar je mula la dia start menyanyi dan menari. Hmm.. lepas tu berlarutan la lagu kanak-kanak lain. Ada satu lagu kanak-kanak indon fevret dia, mummy pun tak paham apa yang budak tu nyanyikan tapi awfeeya boleh ikut nyanyi sama...hahaha..Bila dah segar siket, baru la mummy ajak awfeeya mandi. Awfeeya pun dah faham skarang, bila nampak baju school dia tergantung, dia mesti cakap, "mummy, school.." lepas tu mummy cakap, kalau nak pegi school kena mandi dulu.. Awfeeya terus angkat tangan mintak mummy bukakan baju, then buka seluar..lepas tu apa awfeeya?? "towel" terus die meluru capai towel dia, kemudian berdiri depan cermin, "pampers.." dia cakap sendiri depan cermin dan buka pampers.
 
Lepas tu masuk toilet dan mandi. Satu je masalah awfeeya, kalau dah masuk bilik air, memang bergaduh la nak suruh dia keluar. Selalunya mummy mandikan dulu lepas tu bagi masa dalam 5 minit dia main air, kalau dia tak nak keluar jugak, mummy pasang cerita Upin Ipin kuat-kuat..Selalunya berjayala taktik tu.. =P
 
Alhamdulillah, mummy perhatikan sejak awfeeya masuk school ni adalah sedikit perubahan positive. Dia dah pandai bergaul dengan kids sebaya dia. Dah pandai main sama-sama. Tapi dengan adults yang dia tak familiar, memang masih nangis je laa...
 
Baru-baru ni awfeeya dapat her 1st book..Excited betul dia!! =) Kehulu-kehilir dia usung buku tu lepas tu dia tunjuk kat mummy, "Chu this!!" mummy pun kata, "owhh..it's your Q-dees book." Mummy ingatkan dia sebut Q-dees. Awfeeya cakap lagi "Chu this!!" Mummy pun tengok apa yang dia tunjuk.. Ohhh.. rupanya tajuk buku tu "Who is this??" =) Smart girl. Owh ya, awfeeya pun da pandai sebut 'teacher'..bunyi dia "chisherr". Sweet. =)
 
Moga membesar dan jadi anak solehah yang cerdik dan berdikari sayang..Mummy loves you..
 
Some of awfeeya's pics.. =)
 
Waktu pagi before going to school

Mummy's precious
 
Balik school with "chisherr" jue.. =)

With her Chinese New Year Card..
Aktiviti kat school.

    "Chu this??"

No comments:

Post a Comment