Friday, February 8, 2013

Kiwanis

Last Monday, 04 February 2013 awfeeya ada assessment di Kiwanis, PJ.

Hari assessment tu, kami keluar rumah agak awal jugak sebab tak familiar area PJ. Memang sangat jarang ke sana. Assessment pukul 1.30pm, pukul 12pm kami da keluar sebab fikir nak mencari tempat lagi. GPS pulak entah mana-mana letaknya, cari tak jumpa. Last-last mummy print direction map from Google lepas tu tawakkal ajelah.. Mujur pergi dengan atok n ommie skali takde la mummy nangis kalau sesat nanti..heheee...

Memang seperti yang dijangka, konfem sesat. Keadaan dalam kereta pun dah tegang. Mana tak stress nya, lalu jalan yang sama 2-3kali, pusing ntah mana-mana. Bawak map pun tak guna. Tanya orang pun tak boleh harap. Mummy dah menyumpah dalam hati. Awfeeya dari tertido kepenatan balik skolah pun dah terbangun. Nasiblah pergi dengan ommie n atok, kalau mummy sorang konfem mummy patah balik. Nasiblah atok berhenti kat petrol station nak gi toilet. Mummy keluar tanya orang kat petrol station tu. Hmmm...lepas tu mummy nampak driver teksi kat situ, cubalah tanya dia, driver teksi mestilah terrer bab2 jalan ni kan..dia cakap dia tau SS23/1 tu. Lepas tu mintak dia tunjuk jalan, kami follow belakang teksi dia. Alhamdulillah, selamat sampai ke destinasi pukul 1.45pm..hehehh..terlambat siket.

Lepas pergi admin office, kami diminta untuk pergi ke bilik fisio, dah ada therapist yang tunggu kat sana. Sampai kat bilik fisio, at first awfeeya tak nak masuk tapi maybe bila nampak environment kat dalam tuh menyeronokkan dia pun masuk jugak. Dan yang paling mummy seronok dan rasa terubat stress dek sesat tadi bila awfeeya sangat behave dan tak nangis langsung. Awfeeya sangat cooperative dan enjoy je main-main dengan therapist yang namanya teacher Ida. Tapi mummy pulak yang tak berapa focus masa assessment tu..hehee..mummy memang camtu, cepat hilang focus dan beremosi bila tension/stress..haiihhh...mummy..mummy..Sampaikan end of session tu teacher Ida tanya mummy, ada soalan nak tanya,mummy pun blur tak tau nak tanya apa..sedangkan memang banyak soalan dalam kepala ni..lepas tu bila tanya plan mummy untuk awfeeya pun mummy tak tau nak jawab apa..tetiba blur, apa plan aku ye??!! Adeehhh..mummy..mummy..teruk betul!! *__*

Lepas assessment, teacher Ida kata progres awfeeya is at par with normal children at her age. Tapi dia suggest awfeeya to start with infant program, next assessment bila progress dah lebih positive baru ditukarkan ke toddler program. Mummy rasa elok juga sebab mummy concern dengan pattern jalan awfeeya yang masih nampak tak berapa balance dan dia pun belum pandai berjalan turun dan naik tangga. Untuk OT pulak, teacher nak ajar awfeeya daily living skills macam makan sendiri, sedut minuman, cara pakai baju, buka & pakai kasut, toilet training n etc. Infant program session hanya once a week on Wednesday at 11am and the program is only for an hour.

Since Kiwanis session hari rabu pagi, awfeeya kenalah ponteng Q-dees every rabu. So mummy dah discuss with awfeeya's Q-dees principal, teacher Jo pasal program awfeeya at Kiwanis. Alhamdulillah, like mummy pernah cakap, she's very understanding and concern on awfeeya's development. Awfeeya akan ke Q-dees 3 hari seminggu, which will be on Monday, Tuesday and Thursday. Kiwanis on Wednesday and rest day on Friday, Saturday and Sunday.. =) Lebih bersyukur bila teacher Jo setuju untuk reduce awfeeya's monthly fees dan ada fees yang awfeeya tak perlu bayar. Alhamdulillah, syukur ya Allah kerana dipermudahkan urusan pembelajaran insan teristimewa ini. =)

Here are some of awfeeya's pics during her assessment at Kiwanis.. =)


Her fav spot..

Teacher, nak main swing pulak..

Gayat dengan slide..macammana nak turun nih??

Teacher Ida ajar macammana nak turun.. 

Main shape sorter

Now I claim this as my fav toys.. Sampai nak bawak balik.. hehe..

Haa...yang ni memang saya tak suka..eii..gelilah..





2 comments:

  1. bestnyaa kiwanis!! rasa macam nak balik msia jer ah camni.. huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehee..meh..meh Z, kita gi kiwanis sama2.. =D

      Delete